Sabtu, Februari 18, 2017

"Biar Mereka Menangis, Jangan Kita Yang Menangis"; Sultan Johor Nasihat Ibu Bapa Pantau Anak!



"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka.

"Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.


"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah baginda.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melawat keluarga dan waris mangsa membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut dirempuh sebuah kereta di sini, Sabtu. Baginda tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di mana keluarga dan saudara mara mangsa sedang menunggu kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu. Sultan Ibrahim yang tidak dapat menahan sebak bertitah kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit daripada insiden tidak diingini.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

1 Komentar:

Write Komentar
Nona Qiyah
AUTHOR
19/2/17 8:33 PG delete

saya mohon share kat FB yeahh.... Thanks...... sedih tengok sultan nangis

Reply
avatar