Selasa, Februari 07, 2017

Berkawan Dengan Kerabat, Fattah Amin Hanya Mahu Lihat Neelofa Bahagia




Pelakon kacak, Fattah Amin menerima dengan baik berita terbaharu iaitu persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah Amin, 27,  berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia," ujarnya kepada mStar Online