Selasa, Februari 28, 2017

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser; Al-Fatihah




Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang dekat sini.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Danau Kota, Setapak dekat sini pada malam ini (Selasa).