Selasa, Februari 07, 2017

Adi Putra Nafi Berpisah Dengan Isteri Kedua



Pelakon, Adi Putra, 36, menepis dakwaan sudah pun berpisah dengan isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33. Sebaliknya Adi Putra berkata, hubungan dengan kedua-dua isterinya, termasuk Aida Yusof, 42, masih baik.

Adi Putra tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin kononnya sudah berpisah dengan wanita berkenaan sebelum ini berikutan terlalu sibuk dengan kerja seni, selain menguruskan perniagaannya.

"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang. Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya," katanya ketika ditemui di lokasi drama 60 episod berjudul Dia, di sini hari ini kepada Berita Harian Online.