Jumaat, Januari 20, 2017

Zul Ariffin Kunci Mulut Soal Peribadi



“Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar. Saya kena menjaga pihak yang melantik saya sebagai duta”

Itu merupakan pendirian pelakon Zul Ariffin pabila diajukan soalan berkenaan perihal peribadinya.

“Cerita sebegini hanya akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi,” jelasnya kepada Harian Metro.