Isnin, Januari 02, 2017

[Video] Momen Indah Pernikahan Harris Baba



Ketika melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya di negeri Sabah, Mei 2016, cerita Harris Baba itu barangkali tidak menjadi topik utama media tempatan mahupun tidak dicari-cari peminat industri hiburan tanah air.

Berbeza kini, muncul sabagai watak sampingan dalam drama adaptasi novel Isteri Tuan Ihsan dengan posisi Doktor Zaim, kelibat Harris Baba yang turut berpasangan dengan penyanyi Ning Baizura, dalam program realiti nyanyian Duo Star di Astro Ria itu mula mendapat perhatian.

Malah, lagu nyanyian Harris Baba berjudul Katakan juga layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31 November lalu namun gagal melayakkan diri ke final AJL31.

Nah, kami kongsikan video pernikahan Harris Baba dan Jiha yang penuh romantis dan syahdu, diiringi lagu romantik Bollywood, Tum Hi Ho.