Ahad, Januari 01, 2017

[Video] Letupan Bunga Api Tahun Baharu 2017 Di Klang Jadi Tragedi!



Sambutan malam tahun baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang menjadi panik apabila bunga api yang ditunjukkan untuk upacara sambutan ambang tahun baharu itu meletup sebelum ke udara sehingga terkena penonton yang menyaksikannya.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, pihaknya mendapat panggilan kira-kira 12.10 minit pagi tadi. Lima mangsa yang tercedera dikejarkan ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.