Sabtu, Januari 28, 2017

Ulasan PT3; Iklan Sambutan Minggu Alam Sekitar



Ulasan merupakan salah satu soalan wajib yang perlu dijawab oleh calon Peperiksaan PT3. Soalan berbentuk penulisan berdasarkan bahan yang diberi ini memperuntukkan sebanyak 15 markah. Calon perlu menulis dalam lingkuangan 80 hingga 100 patah perkataan sahaja. 

Calon yang menulis kurang daripada 80 patah perkataan dianggap penulisan yang tidak matang. Manakala, calon yang menulis lebih daripada 100 patah perkataan pula dikira melanggar arahan. Kedua-duanya akan membawa kepada penolakan markah.

Setiap penulisan ulasan wajib mengandungi isi tersurat dan isi tersirat bagi membolehkan calon mendapat markah yang maksimum.