Selasa, Januari 31, 2017

Tonton Telefilem Love You Miss Pomen; Skrin Di 9, TV9



Telemovie Love You Miss Pomen bersiaran di slot Skrin Di 9, TV9 mengisahkan Remy yang rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta. Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana akibat kereta rosak, Remy berkenalan rapat dengan Saerah, mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya.

Remy menyukai Saerah kerana dia seorang yang berdikari. Suatu hari, ketika Nana dan Remy bersiar-siar di kampung, mereka bertegur sapa dengan Azli, seorang pemuda kampung. Azli pula suda lama menyukai Saerah namun tidak dilayan.

Apabila Azli ternampak Saerah melayan Remy dengan mesra di bengkel, perasaan cemburu dan dengki mula meluap-luap dalam hatinya. Maka berlakulah pertengkaran hebat antara Nana dengan Remy. Saerah pula kecewa dengan Remy kerana dia merahsiakan hubungan cintanya dengan Nana.




Admin hanya berkongsi link dari YouTube,
dan tidak memiliki mana-mana hak cipta!
Sekiranya, konten tidak dapat diakses;
ini bermakna uploader sudah delete,
atau telah dibuang oleh YouTube! 😅😇