Ahad, Januari 22, 2017

Tema Cerita Dalam Lagu Kabur; Pengacaraan AJL 31 Hancur!



Anugerah Juara Lagu 31 yang membariskan empat orang pengacara masih kekal bosan dalam penganjurannya meski melewati tiga dekad penganjuran. Pengacara yang sepatutnya lebih menceritakan tentang keindahan lirik dalam lagu, dan potret penggubah lagu yang banyak berjasa dilihat terlalu banyak melalut dan merapu.



Nak cakap banyak pun tak guna. Sudah begitu gaya pengacaraan anugerah hiburan di Malaysia. Sayang seribu kali sayang, tema cerita dalam lagu yang dicanang penganjur sekadar terbit di hujung dalam persembahan interlude dengan kemunculan Man Bai, Ameng dan Ella.

Antara skrip pengacara AJL 31

Secara peribadi antara persembahan yang melekat dalam ingatan adalah Lelaki Teragung daripada Dayang Nurfaizah. Lagu ini bukanlah kegemaran peribadi. Bahkan dibandingkan dengan Di Pintu Syurga tidak pernah dicari mahupun tersiul pada bibir ini. Nmaun, showmanship Dayang Nurfaizah yang penuh bertenaga, penuh karisma telah menghidupkan persembahannya.

Hakikatnya, terlalu rindu dengan AJL versi dahulu, dibeza mengikut genre muzik. Rock yang tiada terkinja. Vokal balada yang ampuh berbisa. Irama Malaysia dengan lenggok dan tari yang germersik rasa. Apapun, semua itu sudah menjadi sejarah ...

Tahniah kepada pemenang! Moga ada sinar baharu dalam penganjuran akan datang, khususnya melibatkan pengacara dan konsep pengacaraan. Dan segala yang tertulis di sini sekadar pandangan dan pendapat peribadi penulis dari kaca mata seorang penonton sahaja.