Sabtu, Januari 28, 2017

Sinopsis Telefilem Biar Biola Berbicara; RTM TV1



SINOPSIS BIAR BIOLA BERBICARA

Mengisahkan Melati seorang gadis pekak dan bisu dibesarkan oleh ayahnya, Hisham seorang pemain biola jalanan. Bakat Hisham telah menarik minat Haikal untuk belajar biola dari Hisham. Sikap Haikal yang baik telah mencuri hati Melati namun atas kekurangan diri dan taraf hidupnya, Melati mengambil keputusan untuk melupakan Haikal.

Telefilem Biar Biola Berbicara arahan Rashid Sibir akan disiarkan di TV1, Sabtu ini pukul 10.00 malam. Lakonan Nasir Bilal Khan, Nadzmi Adhwa dan Tasha Shilla. Bagi yang ketinggalan boleh menontonnya di myklik.rtm.gov.my