Isnin, Januari 09, 2017

Sharnaaz Ahmad Nikah Noor Nabila 31 Mac 2017




Aktor Sharnaaz Ahmad memilih 31 Mac 2017 sebagai tarikh keramat untuk disatukan sebagai suami-isteri dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor yang berusia 33 tahun.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 32, berkata majlis akad nikah mereka akan diadakan di kediaman wanita itu di Duta Troika di sini malam Jumaat.

"Tarikh itu dipilih mengikut nasihat keluarga yang mahu perkahwinan kami dipercepatkan dan tarikh 31 Mac itu tiada apa-apa yang istimewa.

"Keluarga mahu majlis dilakukan pada Mac kerana tidak mahu terkejar-kejar dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa," ujarnya kepada mStar Online.