Rabu, Januari 11, 2017

Rumah Tangga Wawa Zainal & Aeril Zafrel Nyaris Berantakan Kerana Peminat




Pelakon Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel nyaris berantakan gara-gara seorang peminat fanatik lelaki mengaku dia sebagai kekasihnya. 

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata, perkara itu berlaku beberapa tahun lalu yang menjadikan mereka lebih mengerti tentang bahaya media sosial.

"Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu.

"Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

"Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya," ujar Wawa kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar