Selasa, Januari 24, 2017

Rumah Tangga Dilanda Badai; Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian



Desas-desus yang bertiup kencang tentang keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin akhirnya terjawab. Menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Namun begitu Hanez Suraya tidak hadir ke mahkamah sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya.

Untuk rekod Hanez Suraya dan Romie telah berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.