Ahad, Januari 29, 2017

Nur Sajat Beli Banglo Mewah Aliff Syukri!



Datuk Aliff Syukri telah mengumumkan di Instagramnya bahawa pengasas produk Let's Cantik, Nur Sajat telah membeli rumah banglo mewahnya yang terletak di Seksyen 10, Kota Damansara.  

Menerusi posting sebelum ini, Aliff mahu menjual banglo 10 bilik tersebut dengan harga lelong RM11 juta termasuk perabotnya sekali.  Akhirnya rumah tersebut telah berjaya dibeli oleh rakan baiknya, Nur Sajat.  Bagaimanapun harga jualan rumah tersebut tidak pula didedahkan.


Aliff menjual banglo yang telah diduduki selama hampir lima tahun itu kerana mahu berpindah ke kediaman baru yang bernilai RM20 juta ala Bollywood.