Isnin, Januari 30, 2017

Nora Tak Bermaksud Pertikai Fazura Jadi Juri Program Nyanyian



Selepas pernah mencetuskan kontroversi gara-gara lagu tugasan yang berubah dalam program realiti nyanyian Gegar Vaganza, penyanyi senior Nora kembali menjadi perhatian gara-gara tulisannya di laman sosial tentang pemilihan Fazura sebagai salah seorang juri sebuah program nyanyian.



Lebih menarik apabila ada individu yang telah menghantar mesej tulisan Nora itu kepada Fazura, 



Bercakap kepada media, Nora menambah; Saya tak faham kenapa pen­­dapat saya sering dijadikan isu, terutama kalau dimuat naik di Facebook atau Instagram sedangkan ramai lagi artis lain yang tweet pasal macam-macam dan lebih pe­das, tetapi tiada orang peduli pun. Itu yang ingin saya tanya. Cukup-cukuplah nak hentam saya. Sudah 25 tahun saya dalam industri muzik. Memang tak ada maksud apa-apa pun. Itu pendapat spontan masa tengok televisyen. Tapi orang suka jadikan isu. Maaf, saya malas nak layan orang yang tak cerdik ni mereka ini negatif.