Sabtu, Januari 07, 2017

Nadya Syahera Nafi Digugurkan Dari Pementasan Teater Dia Semanis Honey



Pelakon Nadya Syahera menafikan namanya digugurkan dari pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal yang sedang berlangsung di Istana Budaya, di sini, sejak Selasa lalu hingga 12 Januari ini.

Nadya berkata, dia hanya direhatkan dalam pementasan itu untuk beberapa hari kerana sedang hamil tiga bulan.

Katanya, dia hanya direhatkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Dalam tempoh itu Nadya akan digantikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia 2016, Afi.

“Saya tidak ambil hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi itu. Saya percaya mereka melakukannya kerana mengambil berat terhadap kesihatan saya selain tidak mahu mendatangkan risiko lain.” katanya.