Isnin, Januari 30, 2017

Madah Berhelah Versi Joget Hancur; Ning Baizura Dan Haris Baba Tersingkir Di Separuh Akhir Duo Star



Duo Star mungkin tidak segah Gegar Vaganza, namun program realiti nyanyian yang melibatkan penyanyi profesional dan terkenal tanah air itu mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Dalam banyak-banyak peserta dalam Duo Star, gandingan Ning Baizura dan Harris Baba antara yang paling mencuri tumpuan. Ada beberapa sebab. Tetapi bagi admin tentu sahaja status 'diva' Ning Baizura sebagai antara penyanyi terbaik Malaysia dengan julukan Ratu Soprano dan jejaka kacak persis Zain Malik, yang baru-baru ini sahaja mencuri hati ramai anak gadis dengan watak Doktor Zaim dalam drama adaptasi novel Isteri Tuan Ihsan lakonan pelakon popular Aaron Aziz dan Amyra Rosli.


Langkah Ning Baizura dan Haris Baba panjang dalam Duo Star hinggalah ke peringkat Separuh Akhir yang ditayangkan di kaca TV semalam. Namun seribu kali sayang usaha Ning Baizura dan Harris Baba membawakan lagu berhantu Madah Berhelah dendangan asal Ziana Zain dalam versi joget tidak berjaya sepenuhnya, malah sesetengah penonton menganggap telah merosakkan lagu itu terus.

Terdahulu dalam tugasan melodi kontras di Minggu Separuh Akhir, Ning Baizura telah membuat cabutan yang dibuka Harris Baba yang tertera nama Ziana Zain. Manakala, genre lagu pula dicabut Harris Baba dan dibuka Ning Baizura, dan tertera Irama Malaysia. Irama Malaysia dan Ziana Zain memang tampak janggal! Mungkin inilah faktor utama yang mnyebabkan pasangan favorite admin ni tersingkir!


Datuk Hattan dalam komentarnya sebagai juri menghargai usaha yang ditampilkan dalam membawakan kelainan, namun prestasi yang dicapai dalam persembahan hanyalah 40% sahaja. Malah menurut Hattan, Madah Berhelah hanya dicipta untuk genre balada sahaja dan tidak sesuai diubah rentaknya. Dalam pada itu, menurut perhatian admin Harris Baba juga dilihat agak kaku ketika berjoget dan tidak 'enjoy' dalam menyampaikan persembahannya.

Selain, Madah Berhelah, Ning Baizura dan Harris Baba turut membawakan lagu I Am Not For Sale dendangan asal Stacy.

Apapun, tahniah kepada pasangan Duo Star yang berjaya melangkah ke final. Apapun, sebagai penonton di rumah, jika ada musim kedua Duo Star, mungkin pihak penerbit boleh mengubah pengacara dan membawakan Duo Star secara langsung bagi menghangatkan lagi rancangan berkenaan.