Selasa, Januari 31, 2017

Kaitkan Hujan Dengan Goblin Yang Sedang Bersedih Boleh Rosakkan Akidah?!



Drama Korea “Goblin” yang baru-baru ini telah pun tamat siarannya memberikan impak yang luar biasa. . Drama yang dibintangi Gong Yoo, Lim Dong Wook dan Kim Go Eun ini telah pun ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia.

Salah satu perkara yang menarik tentang drama Goblin ini ialah apabila si Goblin lakonan Gong Yoo sedih, hujan akan turun. Memandangkan, Malaysia sekarang ini sering dilanda hujan, maka ramai pula yang tweet di laman sosial dengan mengaikan fenomena hujan itu dengan Goblin yang sedang bersedih.



Perkara ini sedikit sebanyak membimbangkan kerana kita mengetahui bahawa hujan yang turun adalah rahmat dari Allah. Sebelum ini ada juga teguran di laman sosial oleh seseorang yang meminta mereka yang mengaitkan Goblin dengan hujan supaya bertaubat kerana ia boleh merosakkan akidah. Ada benar juga teguran tersebut. 



Kita sebagai hamba Allah harus percaya bahawa hujan yang turun adalah keranaNya, bukan kerana Goblin bersedih. Walaupun, tulisan itu lebih kepada bergurau, tetapi dalam bab beragama sebenarnya kita perlu lebih berhati-hati. Apa pula kata anda? - Beautifulnara