Ahad, Januari 29, 2017

Hisyam Hamid Selesa Dengan Emma Maembong



Pertama kali bergandingan dengan Emma Maembong dalam drama adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak? yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria, aktor kacak Hisyam Hamid akui cukup selesa kerja bersamanya.

"Emma pelakon yang sangat berdisiplin. Sifat 'gila-gila' membuatkan kerja lakonan kami jadi senang. Saya tumpang gembira dengan komen peminat terhadap lakonan kami.

"Selain kali pertama berlakon dengan Emma, ini adalah kerjasama sulung saya bersama produksi Suhan Movies & Trading milik Datuk Rosyam Nor. "Saya juga kali pertama bekerja di bawah arahan Amie Maziah. Segala-gala yang dilakukan buat kali pertama inilah yang menyerlahkan keseronokan, ...memang 'happening'," katanya kepada BH Online.