Ahad, Januari 15, 2017

Hazama Sah Bergelar Suami



Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Orchid Villa, dekat sini.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, 33, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genevie, 36.


Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak. - mStar Online