Selasa, Januari 31, 2017

Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 20 Sen Mulai Februari 2017




Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Februari 2017 bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Harga RON97 adalah RM2.60  berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz. - Awani