Rabu, Januari 18, 2017

Hafeez Mikail Ungkit Soal Bayaran Tertunggak; Ziela Jalil Kecewa!



Pelakon baharu, Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela Jalil gagal melunaskan baki bayaran beberapa orang pelakon yang menjalani penggambaran drama di Cardiff.

Apa pula kata Datuk Ziela Jalil berkenaan isu ini?

Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana. Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana.

Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain. Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini.

Apa yang pasti,  dakwaan yang Hafeez lakukan telah membuatkan Ziela merasa kecewa dan tidak berminat untuk mengambil Hafeez berlakon lagi didalam mana-mana drama terbitannya pada masa akan datang.