Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), Dr. Benoit Goossens berkata, bangkai haiwan yang dikenali sebagai Sabre itu ditemukan pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah yang sedang melakukan kerja pemantauan berpandukan alat pengesan satelit.

Pada 11 Ogos lalu, Sabre ditemui Jabatan Hidupan Liar di Felda Umas sebelum ditangkap dan dipindahkan ke hutan simpan berhampiran Lembah Danum, Lahad Datu.


Gajah setinggi dua meter yang dianggarkan berusia 25 tahun itu cukup menarik perhatian ramai apabila gadingnya menghala ke bawah atau dikenali ‘gading cangkul’ menyerupai gajah prasejarah Deinotherium. - Utusan Online