Ahad, Januari 08, 2017

Fattah Amin Tuju Wanita Terakhir Buat Seseorang?



Sekali lagi aktor sedang mencipta nama, Fattah Amin, dihujani spekulasi sebaik melancarkan single keduanya, Wanita Terakhir.

Ramai yang mengaitkan lagu yang dicipta khas Aizat Amdan bersama abangnya, Anas dan Mel Ramlan buat Fattah itu didedikasikan kepada Neelofa.


Seperti yang diketahui umum, sebaik membintangi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, Fattah dan Neelofa didakwa bercinta.

Meski tidak pernah mengaku, timbul pula kontroversi hubungan pasangan berkenaan renggang ekoran hadir insan ketiga.

Apapun sebenarnya spekulasi yang bertebaran hanya mereka sahaja yang tahu.