Ahad, Januari 22, 2017

Fattah Amin Nafi Pernah Gaduh Dengan Neelofa



Pelakon Fattah Amin menjelaskan tidak timbul isu dia bergaduh dengan aktres Neelofa selepas dia  dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran baru-baru ini.


Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 26, sebaliknya berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah malah menyifatkan wanita itu sebagai kawan baiknya.

"Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.

"Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik," ujarnya kepada mStar Online.