Isnin, Januari 23, 2017

Farid Kamil Kongsi Rasa Tentang Rumah Tangga Yang Hampir Runtuh!



Rumah tangga yang dibina pernah dilandai badai, sehingga Diana Danielle pernah jejaki Mahkamah Syariah, membuatkan aktor Farid Kamil lebih menghargai institusi perkahwinan.

Dipetik menerusi portal Utusan Online, Farid Kamil berkongsi rasa tentang rumah tangga yang dibina bersama Diana yang hampir runtuh tahun lepas.

Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan.