Isnin, Januari 30, 2017

Faizul Sany Kritik Nyanyian Fattah Amin Secara Terbuka?!



Penyanyi dan komposer Faizul Sany mengakui membuat teguran terbuka kepada individu yang mahu memasuki bidang nyanyian agar menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan dalam industri. Teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Fattah Amin dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

"Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.



"Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca.


"Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti," ujarnya.