Jumaat, Januari 20, 2017

Emma Maembong Bimbang Sebab Hisyam Hamid Suami Orang



“Saya tidak menafikan ketika menerima tawaran berlakon bersama Hisyam, saya bimbang bolehkah kami mendapatkan keserasian? Apatah lagi, Hisyam berstatus suami orang dan ia membuatkan saya berasa bimbang”

Itu luahan Emma Maembong yang ketika ini hangat bersama Hisyam Hamid dalam drama bersiri adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak? yang ditayangkan di Astro Ria.

“Namun, selepas beberapa lama berada di lokasi penggambaran, saya berasa semakin selesa apatah lagi Rosmawati banyak membantu kami,” katanya yang pertama kali bergandingan dengan Hisyam menerusi drama bersiri Sayang Papa Saya Tak?

Tambah Emma, isteri Hisyam, Rosmawati Hanafi juga turut membantu dalam memberi idea untuk membuatkan sesuatu babak itu lebih menarik.