Ahad, Januari 22, 2017

Biadab, Pelajar Tingkatan 3 Rakam Video Dalam Kain Guru Wanita



Biadab. Kurang ajar. Itulah dua perkataan paling tepat menggambarkan beberapa pelajar Tingkatan 3 yang bertindak merakam video dalam kain seorang guru Bahasa Inggeris berusia 36 tahun di Kuala Lumpur. 

Susulan itu, guru Bahasa Inggeris membuat laporan polis kelmarin selepas video dalam kain melibatkan dirinya yang diambil secara curi oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini tersebar.

Difahamkan, guru wa­nita berusia 36 tahun yang sudah mendirikan rumah tangga itu membuat laporan polis selepas berasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Perbuatan itu terbongkar selepas seorang guru disiplin merampas telefon bimbit salah seorang pelajar itu pada Rabu lalu yang mempunyai rakaman bahagian dalam kain baju kurung guru berkenaan. Video berkenaan berdurasi selama 10 saat.

Selepas membuat rakaman, kumpulan pelajar biadab itu me­ngenakan pula bayaran kepada rakan-rakan lain yang ingin menontonnya.

Susulan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar Tingkatan Tiga berkumpul di dewan sebelum mengesan lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Guru disiplin itu kemudian memaklumkan kepada mangsa mengenai video tersebut. - Kosmo!