Jumaat, Januari 06, 2017

Awie Kini Bergelar Datuk



Penyanyi dan pelakon popular Awie dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk petang tadi.

Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-86 keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diadakan di Istana Pahang, Jalan Conlay, di sini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia mendapat surat pengesahan pada bulan lalu.

"Alhamdulillah, saya menganggap ini satu rezeki. Sebelum ini saya sudah beberapa kali mendengar ura-ura menyatakan perkara itu, tapi selagi belum ada kepastian saya tak berani nak bercakap.


"Apabila mendapat surat itu, saya menerima dengan berlapang dada. Bagi saya ini satu penghargaan kepada insan seni seperti saya yang sudah 31 tahun berada dalam industri," katanya kepada Harian Metro.