Selasa, Januari 10, 2017

[7 Gambar] Sekitar Majlis Hari Lahir Norman Hakim Ke-41



Memaparkan sisi isteri penyayang dan romantik, pelakon Memey Suhaiza telah meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Norman Hakim yang ke-41 pada malam semalam. Majlis diadakan di kediaman pasangan berkenaan dengan solat berjemaah, bacaan doa selamat dan jamuan bersama saudara-mara, kenalan rapat, dan jiran tetangga yang dijemput.

Meskipun hanya majlis ulang tahun kelahiran, namun suasananya cukup meriah! Siap ada kugiran daripada buskers dan live update di laman sosial instagram pasangan selebriti itu sendiri.

Jom, layan beberapa keping gambar menarik sekitar majlis ulang tahun kelahiran pelakon Norman Hakim yang ke-41.

A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on