Khamis, Disember 22, 2016

Tinggalkan JDT, Zaquan Adha Ke Perak!




Bekas Penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan menyertai pasukan Perak bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2017.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 29 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan pasukan The Bos Gaurus.

"Kita akan meletakkan Zaquan di posisi penyerang berikutan pengalamannya ketika menyertai pasukan JDT sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres Tahunan PAFA ke-58 di sini hari ini. - Awani