Selasa, Disember 27, 2016

Siti Nurhaliza Bakal Dapat Cucu Lagi; Asyraf Khalid Hitung Waktu Gelar Bapa!



Siti Nurhaliza bakal dapat cucu lagi. Jika sebelum ini salah seorang anak lelaki Datuk Khalid Mohd Jiwa yang menikah dengan anak perempuan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, dikurniakan cahaya mata, kali ini giliran seorang lagi anak tiri Siti Nurhaliza, iaitu Ashraf Khalid, bakal bergelar ayah.

Asyraf, 24, berkata, usia kandungan isterinya, Tya Ariffin yang merupakan pelakon berasal dari Indonesia sudah memasuki bulan ketujuh.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan isteri dan kan­dungan berada dalam kea­daan baik.
“Oleh sebab ini merupakan kali pertama saya dan Tya bakal menimang anak, jadi perasaan kami bercampur-baur." Ujarnya kepada Kosmo!