Ahad, Disember 04, 2016

Siapa Bakal Juara Gegar Vaganza 2016? Apakah Azharina Bakal Tepati Ramalan Ramai?



8 minggu bersiaran akhirnya Gegar Vaganza 2016 sudah sampai ke kemuncaknya! Daripada 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita, kini di pentas akhir tinggal 6 peserta sahaja dengan masing-masing 3 peserta lelaki dan 3 peserta wanita.

Intan Sarafina, Azharina Azhar dan Siti Sarah masing-masing mewakili kaum Hawa. Manakala, Ameng Spring, G-Mie Screen dan Zarul Umbrella pula mewakili kaum Adam. Antara lelaki dan wanita yang mana satu akan lebih menyerlah?

Jika Gegar Vaganza 1, juaranya ialah lelaki, kemudian wanita dalam Gegar Vaganza 2, siapa pula yang akan memiliki takhta itu pada tahun ini?

Pastinya masing-masing ada kegemaran sendiri. Jangan terkejut jika underdog pula yang ditabal sebagai juara! Siapa tahu? Apa-apapun juga boleh terjadi di pentas akhir ini! Begitupun ramai yang menjangkakan Azharina bakal menjadi juara Gegar Vaganza 2016.

Anda sudah bersedia dengan Pentas Akhir Gegar Vaganza 2016? Jom layan live streaming kalau tak ada Astro dekat rumah! Link di bawah!!