Ahad, Disember 18, 2016

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 22; Siti Nurhaliza Bolot 5 Anugerah



Malam Anugerah Industri Muzik 22 bagi tahun 2016 ini berjalan lancar dengan dikemudi hebat oleh Adibah Noor dan Harith Iskandar. Mengangkat, Yuna dan Dato Shiela Majid sebagai penerima dua anugerah utama, AIM 22 masik kekal berprestij dan relevan dalam industri seni muzik tanah air.

Tahniah, kepada semua pemenang. Dikongsikan senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 22 buat tatapan anda di sini!

Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Sulam Sakti –  Reena Nicky (Raja Iskandar)
Lagu Nasyid Terbaik – Mikraj Cinta - Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Firefly - SonaOne
Lagu Hip Hop Terbaik – Janji - Altimet & Takahara Suiko
Artis Baharu Terbaik – Syamel
Video Muzik Terbaik – Not For Sale - Stacy
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Super Girls – DeFam
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu - Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
Anugerah Kembara – Yuna
Jualan Lagu Muat Turun Tertinggi – Potret – Akim & The Majistret
Lagu Streaming Tertinggi – Sudah Ku Tahu – Projector Band
Muat Turun Nada Dering  Tertinggi – Setia – Elizabet Tan feat Faizal Tahir
Video Muzik Terbaik Dalam YouTube Malaysia – Sudah Ku Tahu - Projector Band
Anugerah Seri Wirama – Dato’ Sheila Majid
Kulit Album Terbaik – Bahtera - Sekumpulan Orang Gila
Rakaman Album Terbaik – Panic Bird - Froya
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Menatap Dalam Mimpi - Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Rock Terbaik – Mata Hati - Azlan & The Typewriter
Lagu Pop Terbaik – Sejati - Faizal Tahir
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Akim Ahmad (Potret)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) -Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Penyanyi Pilihan Malaysia – Datuk Siti Nurhaliza
Album Terbaik – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik - Sejati - Faizal Tahir