Selasa, Disember 06, 2016

Putera Harry, Cucu Ratu Elizabeth II Jalani Ujian HIV



Cucu kepada Ratu Elizabeth II iaitu Putera Harry bukan sahaja terkenal sebagai antara figura kerabat diraja popular dunia bahkan turut dikenali dengan siri skandal dan kontroversi.


Terkini Putera Harry yang juga adik kepada Putera William dan anak mendiang Puteri Diana itu bersama penyanyi terkenal Rihanna menawarkan diri untuk menjalani ujian HIV sebagai menyokong sambutan Hari AIDS sedunia pada 1 Disember lalu.

Menurut Daily Mail seperti dilapor dalam mstar online kedua-dua figura terkenal itu turut berbuat demikian bagi mengalakkan orang ramai untuk menjalani ujian sama terutama golongan berisiko tinggi.

Bagi Putera Harry, ia bukan pertama kali dia melakukan ujian berkenaan dan pernah melakukannya pada awal tahun ini.

"Dengan teknologi terkini pada hari ini ia sangat mudah untuk menjalani ujian HIV.





"Tidak kira anda lelaki, perempuan, normal, gay atau lesbian...Apa kata anda datang dan lakukan ujian?," katanya.

Dalam pada itu, keputusan ujian HIV untuk Putera Harry dan Rihanna adalah negatif.

1 Komentar:

Write Komentar