Selasa, Disember 06, 2016

Penampilan Konsert Akhir GV3 Azharina Bernilai RM1 Juta; Pereka Fesyen Beri Penjelasan!



Selain Siti Sarah, penampilan Azharina dalam konsert-konsert mingguan Gegar Vaganza 3 sering mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai. Jika jenama Hatta Dolmat yang menyeliputi batang tubuh Sarah lebih dominan diperkatakan, berbeza pula busana Azharina yang sering dikaitkan dengan nilai ratusan ribu yang digembarkan kepada pengetahuan media.

Razman Razmi yang bertanggungjawab menyediakan busana kepada Azharina turut mendedahkan bahawa penampilan Azharina dalam Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 mencecah hampir RM1 Juta! Wowww! Kalah wang kemenangan Azharina pada malam itu!


Razman diminta menjelaskan tentang pakaian yang digayakan oleh juara Gegar Vaganza 3  Azharina pada setiap konsert yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit mula diperkatakan segelintir pihak.

Tambahnya, kos yang dikira pada setiap persembahan bukan sahaja pada baju, sebaliknya nilai barangan perhiasan yang digunakan bersesuaian dengan konsep setiap minggu.

"Nilai itu dikira termasuk pihak kami terpaksa bekerja dalam masa yang singkat iaitu mengambil masa dua hari sebelum pertandingan. Saya juga menggunakan empat hingga lima pekerja menyiapkan baju dipakai Azharina.

"Ia juga berserta nilai aksesori Cartivia Jewelry yang menaja cincin, subang dan rantai setiap minggu mencecah ratusan ribu..

"Selain itu, setiap pereka fesyen juga berbeza-beza caj yang dikenakan. Contohnya jika anda buat dengan Datuk Rizalman sudah tentu lebih mahal kerana mengambil kira pengalaman dia," ujarnya kepada mstar online.

Tambah dia lagi, nilai keseluruhan pakaian Azharina dan aksesori berjenama pada malam Ahad lalu pula bernilai lebih dari RM1 juta.