Isnin, Disember 05, 2016

Pelakon Dan Watak Drama Isteri Tuan Ihsan; Astro Ria/Ria HD



Nantikan drama terbaharu menggantikan drama Awak Sangat Nakal di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan. Sebuah drama adaptasi novel karya Sara Kyoko. Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri 20 episod itu diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Akan ditayangkan mulai 5 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

WATAK PELAKON

Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
Harris Baba sebagai Dr Zaim
Gambit Saifullah sebagai Haziq
Nazia Mustafar sebagai Kak Maznah
Mardiana Alwi sebagai Ratnah
Doria Rachel Jolly sebagai Fathin
Shah Rezza sebagai Dato' Dr. Amin
Ruzana Ibrahim sebagai Hanani