Selasa, Disember 06, 2016

Masuk Duo Star Tak Calar Status Diva Ning Baizura!



Program hiburan realiti tv terbaharu yang akan bersiaran di Astro Ria dan Ria HD pada hujung Disember nanti ialah Duo Star yang menggantikan Gegar Vaganza 3 yang baru sahaja tamat bersiaran.

Ada 8 pasangan duet melibatkan 16 artis bertaraf penyanyi profesional dalam bidang nyanyian. Kalau ditanya siapakah antara mereka yang bersttaus senior, dan diva dalam kelas tersendiri, jawabnya tentu sekali Ning Baizura!

Sebelum ini, ramai juga yang pertikai penyertaan Nora dalam Gegar Vaganza 3. Ini tak lain dan tak bukan sebab penyanyi seperti Nora dan Ning Baizura sudah berada dalam kelas tersendiri. 

Namun, berbeza bagi Ning Baizura, yang melihat penyertaannya dalam Duo Star adalah untuk mengumpul kelompok peminat yang baharu. 


"Tiada salahnya saya menyertai program ini kerana sekiranya saya tidak mengambil risiko, saya tidak akan tahu apa akan terjadi.

"Ini kali pertama saya menyertai pertandingan seperti ini dan saya melihat ini adalah peluang untuk saya kumpul peminat baharu dengan menggunakan cara berbeza.

"Saya tidak boleh terus berada di tahap lama dan perlu melakukan sesuatu yang diluar kotak dalam memastikan karier saya terus kekal relevan," katanya kepada mStar Online.



Penyanyi bersuara soprano itu akan berpasangan dengan bintang baharu, Harris Baba dalam pertandingan itu yang bakal bersiaran bermula 25 Disember ini.

Duo Star akan ditayangkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).