Selasa, Disember 27, 2016

Hafidz Roshdi Sahkan Bakal Timang Cahaya Mata Sulung!



Pelakon yang cukup popular dengan drama rantaian Mr. Donat Karamel, Hafidz Roshdi bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 22, disahkan hamil.

“Ya, isteri memang sudah hamil kerana sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya, saya belum mempunyai ke­sempatan untuk membawanya berjumpa doktor.

Bagaimanapun, Hafidz atau nama lengkapnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 22, tidak bersedia memperincikan tentang kehamilan tersebut kerana belum mendapat pengesahan daripada doktor.

“Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang. - Kosmo!



1 Komentar:

Write Komentar