Selasa, Disember 06, 2016

Duo Star Ganti Gegar Vaganza; Astro Masih Guna Penyanyi Profesional Untuk Kaut Rating?



Astro terus menerus mempertaruhkan program realiti melibatkan selebriti sama ada berstatus penyanyi mahupun pelakon profesional. Jika tahun sudah selepas tamatnya Gegar Vaganza 2 ada sebuah program lakon dan nyanyi melibatkan pelakon yang bukan profesional dalam bidang nyanyian yang dikenali sebagai Gempak Superstar, kali ini tamat sahaja Gegar Vaganza 3 yang mengangkat Azharina sebagai juara akan muncul pula Duo Star.

Nampaknya, makin ghairah Astro menerbitkan program hiburan realiti melibatkan penyanyi berstatus profesional. Maklumlah, dah ada kelompok peminat sendiri yang ramai, haruslah trending, viral, meletop, kebabommm bagai! Hahahaha...!!

Melibatkan 8 pasangan berperanan sebagai duo, berjumlah 16 orang penyanyi profesional Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember 2016 ini.

Duo Star berbeza dengan pertandingan yang pernah diterbitkan sebelum ini kerana menerusi program ini bakal menyaksikan pertembungan sengit penyanyi profesional secara duet,

Syamel & Ernie Zakri
Asfan & Aweera
Awi Rafael & Kaka Azraff 
Ila Damiaa & Yasin
Haiza & Epul Drama Band 
Ronnie Hussein & Sarah Fazny
Harris Baba & Ning Baizura
Firman & Ayai

Tiga juri profesional adalah Pengarah Muzik, Datuk Acis, penyanyi Datuk Hattan dan Adibah Noor. Manakala Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos Duo Star.