Sabtu, Disember 31, 2016

Dalam Seminggu Adi Putra Tetap Balik Rumah Isteri Kedua; Shahida Nafi Rumah Tangga Bergolak!



Baru-baru ini media melaporkan wawancara bersama isteri kedua pelakon Adi Putra, Shahida yang menafikan rumah tangga yang dibina lebih kurang enam bulan bersama pelakon lelaki itu mulai goyah.

"Saya menjalani kehidupan seperti biasa sebenarnya. Malah Adi juga turut menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik kepada dua isteri. Apa yang dilaporkan sama sekali tidak benar, saya bahagia sebagai isteri kedua Adi. Malah sepanjang enam bulan ini tidak ada apa-apa masalah yang berlaku di antara kami," kongsi Shahida kepada media.

Tambahnya lagi;

"Seperti yang saya katakan, hubungan kami seperti biasa. Malah ada suatu ketika dia akan ikut saya ke pasar seperti suami-suami lain. Jarang bertemu tidak benarlah, sebab dalam tempoh seminggu Adi memang akan balik ke rumah saya sebab dia tahu tanggungjawabnya," seperti dilaporkan Utusan Online