Khamis, Disember 08, 2016

Bintang Ternama, Popular Meriahkan Anugerah Melodi 2016



Anugerah Melodi 2016 yang pertama kali dianjurkan oleh TV3 dalam berpuluh tahun bersiarannya program hiburan hujung minggu itu bakal menghimpunkan nama-nama besar! Mepertandingkan 10 kategori, Anugerah Melodi 2016 bakal menampilkan ramai artis popular.

Anugerah Melodi 2016 akan dikendalikan AG, yang bakal bergandingan dengan bekas hos Melodi terdahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman yang juga pertama Melodi), Fauziah Ahmad Daud, Zizan Razak serta Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.
 
Malam kemuncak itu nanti akan dihangatkan persembahan Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba serta Aiman Tino. Penganjur juga tidak ketinggalan membawakan penghibur dari Indonesia iaitu Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri daripada Nana Mahazan, Cheryl Samad, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz serta Ummi Nazeera.

Antara anugerah yang dipertandingkan termasuklan seperti Personaliti Filem, Personaliti Muzik, Personaliti Drama, Personaliti Pengacaraan, Personaliti Komedi, Pasangan Sensasi, Personaliti Media Sosial, Personaliti Fesyen, Personaliti Sukan dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.