Ahad, Disember 11, 2016

Banglo Che Ta Cecah RM 5 Juta!



Bergambar di halaman sebuah banglo dengan caption kediaman baharu ternyata Rozita Che Wan sekali lagi diburu apabila ada yang sanggup menggeledah nilai sebenar hartanah tersebut.

Tidak mahu terus berteka-teki dan membuat netizen mengandai pelbagai spekulasi Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin mendedahkan banglo baharunya itu mencecah angka 5 Juta Ringgit Malaysia!

“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” jelasnya jujur yang dipaparkan menerusi Kosmo! 


1 Komentar:

Write Komentar
lokman amirul
AUTHOR
11/12/16 3:15 PTG delete

terlebih kaya che ta ni...duta saja pun sekali bleh dpt berjuta juta

Reply
avatar