Jumaat, Disember 09, 2016

Azharina Sukar Cari Lagu Setanding Elegi Sepi



Juara Gegar Vaganza musim tiga (GV3), Azharina Azhar mengakui sukar mencari lagu yang setanding atau lebih baik daripada Elegi Sepi hingga ia terus menjadi permintaan di setiap persembahan pentas sejak diperdengarkan 12 tahun lalu.

Nyata lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan Julfekar itu tidak dinafikan memang susah untuk mendapatkan lagi karya lain yang mampu menandingi kehebatan Elegi Sepi.

"Ada lagu yang pernah saya hasilkan seperti Pergilah Cinta pada 2013 pun tidak memberi impak di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun lagu itu menjadi perhatian di Kalimantan, Indonesia juga di Brunei serta Sabah Sarawak. Lagu itu ada sentuhan dan 'feel' Indonesia.

"Pada 2015 pun saya ada rakam lagu ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan berjudul Cinta Kita Selamanya tetapi ia turut menerima nasib sama seperti bingkisan sebelum ini," katanya - Berita Harian



1 Komentar:

Write Komentar
Noor Maizan
AUTHOR
9/12/16 10:53 PTG delete

Elegi sepi memang best!

Reply
avatar