Khamis, Disember 08, 2016

Amy Search Kecewa Digelar Anjing!



Penyanyi Search, Amy kecewa dengan tindakan anak perempuan pemain dram Search, Yazit yang mencerca dan menggelarnya sebagai anjing di Facebook, semalam.

Amy sebelum itu memuat naik video persembahan Search di pentas Kampung Mak Cun sempena pameran MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Amy turut memuat naik status mengenai persembahan ‘tribute’ yang dilakukan seseorang penyanyi atau kumpulan tidak perlulah meniru gaya penyanyi asalnya dan lebih elok jika tampil dengan cara tersendiri yang lebih asli.

Komen terbabit dipercayai ditujukan kepada kumpulan Retro Spektif yang membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu Search di lokasi yang sama.

Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan terbabit kemudian memuat naik status di Facebook menafikan kenyataan Amy.

Dalam masa sama, Sheeqa memuat naik komen di akaun Facebook anggota kumpulan itu dengan menulis, “sapa yang menyalak mcm anjing ini?” yang dipercayai ditujukan kepada Amy.

Amy berkata, pada mulanya dia tidak tahu mengenai perkara itu sebelum dimaklumkan seorang rakannya.

"Menerusi video yang dimuat naik, saya hanya menegur gaya dan persembahan kumpulan Restro Spektif yang menyanyikan lagu-lagu Search.


"Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain,” katanya. - Metro Online