Sabtu, Disember 31, 2016

Ahya Bukan Kekasih Zulin!



Zulin Aziz yang menggemparkan ramai dengan saiz fizikalnya yang berubah kecil menafikan jurulatih kecergasannya Ahya Rosli, yang juga merupakan seorang supermodel dan anak kepada pelakon wanita veteren terkenal sebagai kekasihnya.

Zulin menjelaskan, kemunculan mereka berdua kebelakangan ini di beberapa majlis hiburan adalah atas dasar kawan tanpa adanya hubungan istimewa.

“Tanpa Ahya, sukar untuk saya menunaikan hasrat mengecilkan badan yang besar ini. Sejak September lalu, dialah yang memberi semangat agar saya berdisiplin demi mencapai keinginan tersebut.


“Dia juga yang melatih saya, memberi nasihat dan segalanya atas dasar profesional sebagai seorang klien dan jurulatih peribadi. Setakat itu saja hubungan kami, tidak lebih,” tegasnya memberi penjelasan. - Utusan Online