Rabu, Disember 07, 2016

Aaron Aziz Tak Pandai Berlakon?; Muka Tak Ada Perasaan!



Perghhh, tajuk entry! Mahu meroyan Aaronators! Sabar ya! Bukan admin yang cakap. Tapi itulah beberapa komen netizen dalam salah satu perkongsian tentang drama Isteri Tuan Ihsan yang dikongsikan dalam Facebook.

Drama adaptasi novel Sara Kyoko, dengan judul Isteri Tuan Ihsan itu merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd. menampilkan Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai teraju utama.

Baru dua episod bersiaran, sudah ada cakap-cakap yang kedengaran tentang naskhah ini di laman sosial. Jika ada yang menyukai, tidak kurang juga ada yang kurang menggemarinya.

Biasa kita baca komen-komen yang memuji dan memuja pemilik nama Aaron Aziz. Komen-komen sebegitu memang lazim dalam kalangan golongan wanita tidak kira peringkat usia. Almaklumkah, orangnya cukup pakej walaupun sudah 40 usianya dan bergelar suami orang.



Tapi sederet komen yang mengatakan tidak minat Aaron Aziz. Ditambah tulisan Aaron Aziz tak pandai berlakon. Muka Aaron Aziz tak ada ekspresi, berlakon macam tak ada perasaan! Fuhh, laser komen yang diberi. Hahaha...

Biasalah masing-masing ada fav actor pilihan sendiri. Penilaian pun subjektif! Jadi apa komen anda tentang lakonan Aaron Aziz dan drama terbaharu Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria dan Ria HD tu?