Rabu, Disember 07, 2016

2 Tahun Dalam Pantauan Polis; Pelakon Aidil Aziz Bebas Diikat Jamin!




Pengurus kepada Aidil Aziz, yang dikenali sebagai Kam mengesahkan pelakon tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada hari ini.

Kam yang juga sepupu Aidil ketika dihubungi Astro Gempak menjelaskan, Aidil akan berada di bawah pemantauan pihak polis selama dua tahun.



“Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana Aidil akhirnya dibebaskan. Keadaannya sekarang baik-baik sahaja cuma memerlukan masa untuk berehat bersama keluarga.

“Pihak polis memaklumkan kepada kami, Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan,” katanya.